D'OPTOMETRIST FM radio online is the first as such in Malaysia.  It has been established with the purpose of creating public awareness towards eye health. Current news related to eye diseases, conditions and tips on how to keep the eyes healthy will be aired from time to time. Forum, discussion and questions from listeners will be responded by eyecare practitioners, optometrists and eye consultants.

Topics of interest and current news in optical such as trendy spectacles, contact lenses, special effect contact lenses, babies and children contact lenses, promotions and product knowledge will be aired regularly.

In addition, motivational talks, philosophy, poems, wise sayings etc will also be embedded throughout the air time. Truly the mission of D'OPTOMETRIST FM online is not only as an entertainment channel but also holds the weight of creating public awareness on eye health as a primer national agenda. It targets the general public with special interest for school children, youngsters, teachers and parents.

This radio online will be operated by a numbers of experience DJ’s from a few locations and it may go as far as to other states. It will also be conducted using various dialects to attract people of different background.  The DJ’s will be advised and monitored by optometrists from DSTREAM VISION SDN BHD.

This online radio is brought to you by DSTREAM VISION SDN BHD. It’s  a company with an optical business under the name of D’OPTOMETRIST VISION CARE CENTRE  located at Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.   This channel is also being supported by KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN and also affiliated with the community work carried out by KLINIK OPTOMETRI BERGERAK UKM.


D'OPTOMETRIST FM radio internet adalah yang terulung di Malaysia. Ianya dimulakan dengan hasrat untuk membina kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan mata. berita terkini berkaitan dengan penyakit mata, keadaan kesihatan mata serta tip-tip penjagaan mata sihat akan di keudarakan dari masa ke semasa. Forum, perbincangan dan pertanyaan dari para pendengar akan diberikan respon oleh pengamal penjagaan mata, optometris dan pakar perunding mata. Topik menarik dan berita terkini dalam industri optikal seperti penggayaan cermin mata, kanta sentuh, kesan khas kanta sentuh, kanta sentuh bayi dan kanak kanak, promosi dan pengetahuan produk akan diperdengarkan secara berkala.

Sebagai tambahan, perucapan motivasi, falsafah, puisi, kata kata hikmah dan lain-lain isu semasa akan diterapkan sepanjang hari. Misi sebenar D'OPTOMETRISTfm online bukan hanya sebagai satu saluran hiburan semata-mata tetapi juga lebih ke arah membentuk kesedaran masyarakat terhadap kesihatan mata  yang merupakan agenda negara yang utama. Target pendengar adalah pengguna-pengguna maya seperti facebook, twitter dan lain-lain khususnya masyarakat awam secara keseluruhan tetapi di samping menekankan isu-isu khas kanak kanak, remaja, muda mudi, guru-guru dan ibubapa.

Radio online ini akan dioperasi oleh beberapa DJ berpengalaman dari beberapa lokasi dan ianya juga boleh berfungsi hingga ke negara-negara Asean.  D'OPTOMETRISTfm juga akan dikendalikan dalam pelbagai bahasa dan dialek bagi menarik perhatian para pendengar dari pelbagai kaum dan latar belakang. Panel DJ's akan diberi nasihatkan dan dipantau oleh sekumpulan optometris dari  DSTREAM VISION SDN BHD.

Radio online ini dibawa kepada anda oleh DSTREAM VISION SDN BHD, satu syarikat yang melakukan operasi perniagaan optikal di bawah nama D’OPTOMETRIST VISIONCARE CENTRE di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Saluran ini disokong oleh KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN  yang sentiasa berkerjasama rapat melakukan khidmat komuniti bersama KLINIK OPTOMETRI BERGERAK, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ADMIN
PERANCANGAN KAMI...
Siaran radio online D'OPTOMETRISTfm yang sedang anda ikuti sekarang ini memulakan penyiarannya pada jam 6 petang, 2hb Januari 2014 di studio mini di Pusat Optik D'optometrist Visioncare centre, No 5, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
 

 
ONLINE FM
Radio online yang sedang ke udara dan anda ikuti sekarang ini masih dalam tempoh percubaan, TRIAL PERIOD selama 15 hari. 
Namun apabila segala urusan teknikalnya berjalan lancar meliputi gadget talipon mudah alih dan frequency kemudahan anda mendengar di kereta anda selesai di samping urusan pengubahsuaian konti untuk deejay berkomunikasi bersama anda serta berwawancara bersama pakar-pakar jemputan selesai, kami memutuskan untuk membuat pelancaran pada 15hb Februari 2014 di hadapan premis Doptometrist Visioncare Centre..

PENGURUSAN D'OPTOMETRISTfm

Dalam kesempatan yang ada di ruangan ini, saya ingin membuat pengumuman bahawa kami telah memutuskan untuk memberikan/meletakkan soal pengurusan D'optometristfm radio online ini kepada Deejay Zaha. Beliau akan bertindak sebagai DJ utama dalam mengendalikan rancangan dan menyusun segala intisari rancangan yang telah diberikan garispanduan oleh pihak pengurusan D'optometrist Visioncare Centre di bawah Syarikat Dstream Vision Sdn Bhd.
Pihak syarikat menaruh sepenuh kepercayaan terhadap beliau dalam mengendalikan radio online ini dan sentiasa memberikan kerjasama bagi mencapai hasrat, visi dan matlamat syarikat.

Mudah-mudahan, Sdra Zaha yang dikenali sebagai DjZaha Plan Plan Kayuh dapat memenuhi aspirasi yang dipersetujui bersama.

Teruskan berhibur bersama Doptometristfm, saluran radio hiburan bermaklumat.

Salam Bahagia

ADMIN

Sunday 2 February 2014

SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT BERHIBUR DENGAN RADIO BERINFORMASI
**********************************
Resolusi Tahun Baru 
Untuk Mata Yang Lebih Sihat

Awal tahun adalah saat yang paling tepat untuk kita kembali merenung dan menggubal segala proses kehidupan. Mungkin terhadap apa yang telah kita lakukan, sedang laksanakan atau bakal dilakukan nanti. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberikan secebis perkataan untuk anda selitkan dalam renungan anda untuk disenaraikan sebagai salah satu keutamaan dalam senarai keperluan yang bakal anda laksanakan di hari tahun baru Maal Hijrah ini.

Ayuh, berilah keutamaan untuk dikembali kesihatan mata dan penglihatan anda.

Berikut adalah checklist untuk mencapai mata serta penglihatan yang sihat dan lebih cerah dan jernih di masa depan.  

Tingkatkan Kesihatan Mata:
- Ambil  pemakanan yang bernutrisi
- Aktiviti olahraga yang teratur

- Berhenti merokok

- Lindungi mata dari pancaran matahari 

- Ikuti panduan pemakaian dan perawatan contact lense yang betul

- Jadualkan pemeriksaan mata anda dan seluruh anggota keluarga

- Istirahatkan mata ketika menggunakan komputer 

- Konsultasikan gejala mata jika ada dengan bertemu pakar 
-Tingkatkan kualiti penglihatan anda dengan mendapatkan konsultasi dari pakar mata. Mata anda mungkin memerlukan pemeriksaan mutakhir dan perlu menggantikan cermin mata.

- Upgrade contact lense anda. Contact lense dewasa ini tersedia dalam pilihan yang luas, dari bahan, jadual pemakaian, penggantian, design dan juga warna.

- Cuba coating baru untuk lensa cermin mata anda. Coating lensa tertentu yang memiliki keunggulan tersendiri, dapat menjaga lensa dari goresan, pantulan cahaya, wap atau tetesan air.
- Pertimbangkan cermin mata khusus untuk olahraga. Bagi atlet dan pencinta olahraga, telah tersedia frame dan sunglasses yang dirancang untuk olahraga yang spesifik mau pun outdoor.  
- Refresh dengan cermin mata baru. Tingkatkan penampilan. Manfaatkan teknologi dan design baru pada lensa, frame dan sunglasses.

- Untuk ukuran minus yang tinggi, cuba lensa high index untuk memberikan tampilan lensa yang lebih nipis.
- Jaga kemudaan kulit dan raut-raut sekitar mata anda dengan perawatan kulit yang teratur.  

Manfaatkan jaringan luas dan perkhidmatan kedai optikal untuk konsultasi mata dan cermin mata anda termasuk produk-produk terbaru.

Berikanlah keutamaan dan perhatian anda kepada anak-anak anda, kerana merekalah yang bakal menerajui kehidupan masa depan agama, bangsa dan tanah air kita. Ubah sikap anda terhadap kepentingan penjagaan mata kanak-kanak. Bawalah mereka menjalani pemeriksaan mata. Kehidupan dan masa depan mereka terletak di tangan kita sebagai ibu bapa atau guru-guru.

Teruskan bersama Doptometristfm 
"SALURAN RADIO HIBURAN BERINFORMASI"

Salam hormat dari kami

ADMIN